Feb 1, 2012
Filem Azura 2012 Aziz M.Osman
Salaam & hola to all dearest readers,
Salah seorang pengarah yg Qarl sgt kagumi dek kerana hasil kerja beliau yg tersendiri, Aziz M.Osman kini tampil dengan buah tangan terbaru, Azura 2012 setelah hampir 5 tahun tidak menghasilkan sebarang filem. Sesungguhnya harapan yang diletakkan amatlah tinggi dek kerana beberapa buah filem beliau sangat Qarl minati dan ingati sehingga ke hari ini, antaranya Trauma - betapa tragiknya watak Amy Mastura dan betapa bencinya Qarl pd watak hitam Nasha Aziz, Gila-Gila Pengantin Remaja yg sarat dengan elemen komedi oleh Afdlin Shauki, Beego, Juliana Banos dan XX Ray sebuah film sains fiksyen sulung tanah air.
Begitu juga dengan Leftenan Adnan yg berjaya meruntun emosi & lakonan Hairie Othman yg paling epik, Femina yg menyaksikan kehebatan, kedahsyatan lakonan Erma Fatima dan Susan Lankester, Baginda yg mengangkat tema perguruan dan Puteri Impian yg melonjakkan nama Amy Mastura serta berjaya membawa kita ke alam khayalan. Bukan setakat filem-filem yang hebat ini, Aziz M.Osman juga berjaya membuatkan Qarl menjadi peminat setia drama bersiri komedi TV3, Puteri gandingan mantap Nora Danish, Kenchana Dewi dan Fazurina. Kita enjoy!
Amboi, muqadimah punyalah panjang kan? Jadi, persoalannya disini (wah!), bagaimanakah pula dengan filem Azura 2012? Suatu masa dahulu filem Azura yang menggandingkan Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud pernah mencetuskan fenomena, dan katanya filem Azura 2012 menggunakan idea asal filem tersebut. Berjaya ataupun tidak?
Kesempatan menonton filem ini Isnin lalu di GSC One Utama tidak Qarl lepaskan. Bukan setakat teruja mahu menyaksikan karya terbaru Aziz M.Osman, tetapi mahu mengubati kerinduan terhadap lakonan Erma Fatima. Filem Azura 2012 dibuka dengan scene yg agak penting yg menjadi penggerak kepada cerita ini. Montaj memperkenalkan barisan pelakon, produksi filem ini yg dibuat ala-ala video klip dan ala-ala opening film Magika KRU, dgn Neelofa yg agak seksi pada Qarl agak kurang jelas motifnya. Nasib baik lagu Sandarkan Pada Kenangan nyanyian Hafiz melatari montaj tersebut.
Teknik flashback digunapakai beberapa kali dlm film ini. Fine with that maybe Aziz nk bg ruang penonton berfikir sebelum bg jawapan. Lakonan Neelofa (Azura) dan Shahrizal Jaszle (Zack) sbgai tunjang utama filem ini memuaskan. Satisfactory. Ada kalanya emosi sampai dan adakalanya kurang memberi impak. Suara Neelofa persis Eja, suara jelah tetapi tidak bakat lakonan. Sukarnya Neelofa dan Shahrizal Jaszle untuk berdepan dengan realiti hari ini apabila masyarakat sudah mula bijak mengkritik dan lebih sukar lagi apabila lakonan mereka dibanding-bandingkan dengan pendokong asal watak tersebut untuk filem Azura 1984 dahulu.
Mungkin kekurangan filem Azura 2012 ini dari segi jalan cerita yg predictable, kurangnya babak dengan konflik berat yang sepatutnya mengundang emosi penonton dan lakonan pelakon-pelakon baru yang biasa-biasa. Erma Fatima antara penyelamat filem ini. Watak Erma sebagai Maksu berjaya menyuntik elemen komedi. Kudos Erma! Tapi sebagai peminat Erma, Qarl ttp dikecewakan dek kerana bukan suara sebenar Erma dlm film tersebut! Sgt mendukacitakan! Beberapa scene lain jugak ada diselitkan komedi antara yang paling menjadi scene ketika pertemuan Zack dgn teman baiknya di petrol station dan potret2 Afdlin Shauki di dinding! Walaupun hanya beberapa potret sudah cukup mengundang hilai tawa penonton!
Jujurnya, ia sebuah filem biasa. Kejam jika kita membandingkan filem ini dengan Ombak Rindu. Filem Azura 2012 boleh ditonton, just dont expect too much. To Mr. Aziz M.Osman yg cukup sy hormati dan kagumi, I know you can produce much better than this. Hope akan ada magis dlm karya anda selepas ini! One thing for sure, theme song filem ni best! Suatu Hari Nanti by Keroz Nazri. Love the song! Dengarkan di YouTube ye guys! So, if tak tau nak buat apa sempena cuti Thaipusam ni, jom saksikan Azura 2012 dan anda nilai sendiri. Penilaian kita pasti berbeza :) Assalamualaikum.

















