Ziana Zain, satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Ziana pernah mengecapi tahap kegemilangan dalam industri pertengahan 90an dulu dan sehingga kini nama beliau masih utuh dan gah lagi di persada seni tanah air. Lebih 20 tahun melibatkan diri dalam industri, banyak kejayaan yang telah dilakarkan. Ziana almost has it all! Sebuah keluarga yang bahagia, kelab peminat tersendiri (Zianafolks) dan banyak lagi.
KEKAL BAHAGIA
Kelibat Ziana dan suami, Armin Zaharin melintasi karpet biru Anugerah Industri Muzik (AIM18) Sabtu lalu berjaya mencuri tumpuan banyak pihak terutamanya para jurugambar dan peminat yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk merakamkan wajah pasangan bahagia ini. Sepanjang melalui karpet biru tersebut, kedengaran suara peminat berteriak memanggil-manggil nama Ziana supaya berhenti seketika bagi mebolehkan mereka mengabadikan wajah jelita Ziana. Hampir 13 tahun melayari bahtera rumahtangga dan telah dikurniakan 4 orang cahayamata, Ziana dan suami kekal bahagia. Ziana dan suaminya antara selebriti terakhir yang melalui karpet biru AIM18. Pada malam AIM18 tersebut, Ziana telah bergandingan dengan Sifu, Dato’ M Nasir bagi menyampaikan dua anugerah utama, Lagu Terbaik yang telah dimenangi oleh Yuna (Penakut) dan Album Terbaik yang telah dimenangi oleh teman Ziana sendiri, Dato’ Sheila Majid menerusi albumnya, The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid.
TUMPUAN RAMAI
Memetik kata-kata Detektif Stailista Murai.com semasa ditemubual oleh Diana Danielle di karpet biru AIM18, antara selebriti yang bijak menggayakan fesyen dan sering menjadi tumpuannya dimana-mana majlis hiburan adalah Ziana Zain, Fazura dan Fasha Sandha. Jelas sekali walaupun Ziana sudah berusia 43 tahun dan boleh dikatakan senior dalam kalangan artis tempatan, namun beliau tetap bijak mengenakan fesyen yang terkini dan bersesuaian dengan usianya. Pada malam AIM18 lalu, buat kesekian kalinya Ziana menggunakan khidmat pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini. Dress yang diperagakan oleh Ziana amat menepati tema ‘Glamour dan Gemerlapan’ AIM18.
MISTERI CINTA & PENANGAN MAGIKA
Selepas single ‘Pawana’, ramai peminat Ziana tertunggu-tunggu kemunculan buah tangan terbaru pemenang Persembahan Vokal Terbaik Didalam Album (Wanita) AIM1996 ini. Single terbaru Ziana, ‘Misteri Cinta’ akan mula berkumandang di stesen radio tempatan tidak berapa lama lagi. Lagu tersebut telah menggandingkan Ziana dengan Sohaimi Mior Hassan yang cukup popular dengan lagu Epilog Cinta Dari Bromley dan Kalau Berpacaran. Ziana sendiri tidak sabar untuk mendengar respons daripada para peminatnya. Bercakap mengenai filem Magika, Ziana amat gembira apabila filem tersebut sekali lagi dinobatkan sebagai Filem Terbaik Anugerah Skrin yang lalu. Tahun lalu filem itu diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia. Ziana juga sangat terkejut dan bersyukur apabila nama beliau disenaraikan antara 5 Pelakon Filem Wanita Terbaik ASK2011 yang telah dimenangi oleh Eja (Janin). Untuk FFM yang lalu, nama Ziana turut tersenarai dalam Kategori Pelakon Pembantu Filem Wanita Terbaik juga menerusi Magika. Jelas, lakonan Ziana memang berkesan dan mempunyai impak tersendiri.
Artikel ditulis oleh Qarl, foto pun diambil oleh Qarl jugak.
***
Ok, artikel diatas adalah atas dasar suka-suka sahaja. Ha ha ha. Bukan senang nak jadi journalist, wartawan ye. Kusut jugak nak menulis! Kagum jap kat wartawan-wartawan tempatan yang diantara mereka boleh menulis dgn sangat baik. By the way, blog Qarl bukan blog gossip! haha. First time ni feeling-feeling sbb nak bg kelainan to all my readers. Take care to all. Assalamualaikum.






kejeles-an melanda!!!
waaa..jumpa kak ziana!!!
cantik kak Ziana. makin lame makin cantik. huhuu
mmg pasangan yg bahagia. moga kekal buat selama-lamanya..
ish…cemburu buta ku melanda…jumpa kak ZZ pulak….jeles..jeles..jeles..
tetap maintain cntik!! (^__^)
terbaiklah Ziana Zain….:)
mintak izin utk cilok gmbr zz boleh?
cantik ziana zain.. shin suka suara zain masa album madah berhelah.. ada husky skit kalo kita dengar… seksi wooo…
p/s : Qarl.. ckp ngan ziana zain.. mintak dia rakam balik lagu TILA – Rela… lagu tu kan sepatutnya Ziana Zain nyanyi utk album pertama dia.. tp dia tolak pasal dia nak jadi pramugari time tu.. nak gak dengar version Ziana Zain.. mesti lagi sedap
WOOOWWW..kak ZZ makin kelaaaasss ko ZZ!!!
cntik costume ziana zain!
ZZ tetap cantik…
Thanks a lot to Syafiq Ahadin, jaa64, k.h.a.l.i.l.a, shera haifa , mika fasha, Mohd Khairi Khadzir, Amir Rayyan, Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A), FIFIEY LYCHEE MARATION & Faiz Farish for dropping by comments.
encikReza : boleh. creditkan ye to my blog.
shin : tau psl lagu RELA tu. gud idea. InshaAllah
tQ!!!
Pingback: Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2012 | Qarl