Salaam & hola to all my dearest readers…
“Persoalan demi persoalan, membelenggu akal dan fikiran, tidak kutemu jawapan.” Petikan lirik lagu Kemelut Di Muara Kasih (Ziana Zain) ini berlegar-legar di kotak fikiran Qarl sepanjang jam pertama menonton cerekarama Jujur Aku Dayus di TV3 malam tadi. Sesetengah org mungkin akan rasa stress out, tension sbb terlalu banyak persoalan yang membelenggu but not for me. Qarl tabik spring dkt Rohaya Ibrahim, penulis skrip cerekarama tersebut kerana jalan cerita yang menarik, yang mana memberikan ruang dan peluang untuk penonton sama-sama menjadi ‘penulis skrip’, involved sepanjang cerita tersebut. I pernah tulis before dis masa review film, penonton Malaysia bukanlah semuanya pemalas, malas nak berfikir and tak perlulah semua cerita nak sogokkan semua input dari mula filem sampai abes. Bagi clues mst lg best dan thrill sbb kita akan mula membuat andaian yang mana diakhir cerita tersebut, barulah kita tahu andaian kita tepat atau sebaliknya.
Yes, babak Lis dirogol dan adegan punca sehingga dirogol mmg cliche pelaksanaanya tapi sbb benda tu merupakan flashback dipenghujung carita, ia something yg dpt diterima. Berjaya sungguh penulis skrip menyakinkan kita bahawa Lis curang sebenarnya tetapi ada twist pulak. Begitu juga dengan watak Ed, ada kalanya Qarl ingatkan Ed ni mati pucuk la, dah kahwin dgn Aisah la dll. Suma ramalan itu tidak benar belaka.
Cerekarama Jujur Aku Dayus muncul disaat isu dan kes penceraian hangat di Malaysia. Dikhabarkan ramai pasangan muda masa kini tidak mampu mempertahankan rumahtangga mereka untuk satu jangka masa yang lama. Dan mesej yg cuba disampaikan menerusi cerekarama ini sgt jelas yakni betapa pentingnya komunikasi yang baik antarasuami isteri, yang efektif. Seandainya ada permasalahan mahupun doubt, pasangan perlu duduk berbincang dan bagi peluang kedua-dua pihak utk buat penjelasan. Jangan lari dari masalah mahupun pendam. Memang boleh melarat. Peluang dan ruang kedua memang ada.
Dari aspek lakonan, pujian harus diberikan buat semua pelakon utama cerekarama ini. Nora Danish nampaknya selepas Tentang Dhia semakin meyakinkan dan cemerlang dengan watak-watak airmata dan emosi. Beto Kusyairy jangan cakaplah. Sejak dari Juvana, Kashaf Imani, Qarl nampak ada potensi hero dalam Beto. Lakonan die ada karisma tersendiri dan cool. Rozie Rashid seperti kebiasannya begitu juga Hafizudin. Pujian buat watak Irma Hasmie yang kelihatan sgt real sebagai wanita yang mengandung. Tanpa solekan tebal, kelihatan letih memang itulah sepatutnya penampilan real wanita mengandung. Jadi, yg sedang mengundi ABPBH tu, bolehlah pangkah nama Nora Danish (Pelakon TV Wanita Popular) dan Beto (Artis Baru Lelaki Popular).
Tahniah buat semua team Jujur Aku Dayus. Tahniah buat penerbitnya, Pn Hjh Ziela Jalil. Teruskan produce lebih byk karya yg berkualiti seperti ini! Take care to all. Assalamualaikum.
p/s Jom sertai contest ini. Today last day! Click here.



nangis tengok cite nie..
suka sangat dgn lakonan Beto..real habes..
tak sempat plak nak tgk…