Cinta Baru Norish Karman


Salaam & hola to all readers,

Norish Karman, seorang pelakon wanita tanah air yang berbakat besar dan rasanya memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Heroin filem Sayang Salmah, Iman… Alone dan Raja Melewar ini pernah mewakili negara Singapura untuk Pertandingan Miss Asia satu ketika dulu. Memulakan kerjayanya sebagai seorang model, peragawati, segalanya berubah apabila NK menghiasi muka depan Majalah Jelita pada tahun 1994 dimana NK disunting oleh Mahadi J. Murat untuk membintangi Sayang Salmah dek kerana raut wajah melayu yang sangat klasik dan manis serta menepati watak ‘Salmah’. NK juga pernah dinobatkan Juara Pengacara Jemputan NONA TV3 musim kedua.


NK cukup dikenali sebagai dramatis juga menerusi fenomena SPA Q 1 & 2 dan beberapa drama tv yang lain. Paling membanggakan, NK mengharumkan nama Malaysia di Los Angeles pada tahun 2006 dalam World Championship of Performing Arts yang mana NK telah membawa pulang Pingat Emas utk vocal R&B. Hebat! NK juga turut membuat kemunculan dalam beberapa buah teater tempatan dan antara yang paling diingati Teater Muzikal Terima Kasih Cinta yang dipentaskan di Istana Budaya tahun lalu.


Untuk tahun 2012, NK telah bulat hati mahu fokus terhadap karier nyanyiannya yang sangat diimpikannya. Inilah cinta baru NK, dunia nyanyian. NK telah merakamkan 6 buah lagu setakat ini, dan sebagai permulaan, NK akan menerbitkan album singlenya dahulu yang akan mengandungi 2 buah lagu, Rahsia Hati (Julfekar/NK) dan Terus Melangkah (Damien VE/NK/Filsuf). Lagu-lagu lain seperti Kau Abadi Selamanya dan Pencinta akan dimuatkan dalam album penuh NK. Single Rahsia Hati sudah mula diputarkan di beberapa stesen radio tempatan. 


NK optimis dan bersedia menerima apa jua respons dari pencinta muzik tanah air kerana bagi NK, setiap peminat ada cita rasa tersendiri, seandainya mereka suka lagu, cara nyanyian NK, mereka tentu akan menyokong beliau dan jika sebaliknya, tidak ada apa yang perlu beliau takutkan dan kesalkan. Dunia lakonan yang sudah sebati dalam diri NK tidak akan ditinggalkan sepenuhnya, cuma NK mengehadkan penglibatannya dalam drama/filem/teater kerana beliau mahu betul-betul fokus dahulu dengan albumnya tahun 2012 ini. Good luck, NK! 


Terima kasih EyeStudio Photography, Laman Seri Shah Alam atas ihsan gambar-gambar dalam entry ini. Contact En. Dino/En. Aizul (0355236880). Ok, jom hayati preview 3 single NK.





Related Posts:

  • No Related Posts

One thought on “Cinta Baru Norish Karman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>