Didalam Sepi Itu Sudirman

Salaam & hola to all readers,
Hari ini genaplah pemergian 20 tahun penghibur no.1 Asia suatu ketika dulu, Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Arwah meninggalkan kita dengan terlalu banyak lagu-lagu yang dekat dihati kita seperti Pelangi Petang, Chow Kit Road, Balik Kampung, Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Salam Terakhir, Terasing, Nilai Cintamu, Apa Khabar Orang Kampung, Milik Siapakah Gadis Ini, Jauh Disudut Hati, One Thousand Million Smiles, Warisan, Radio Malaysia, Ayah dan Ibu dan banyak lagi. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Istimewa entri kali ni, Qarl nak share lagu arwah yang paling Qarl minati iaitu Didalam Sepi Itu. Lagu ni bukanlah lagu popular arwah, tapi melodi oleh Manan Ngah, lirik oleh Habsah Hassan serta nyanyian arwah sangat terkesan.

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terpaedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lamam hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

Related Posts:

  • No Related Posts

3 thoughts on “Didalam Sepi Itu Sudirman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>