Salaam & hola to all my dearest readers,
Shila Amzah. Salah satu nama yg korang mmg dah selalu jumpa and baca in my blog. I’ve clearly said before dis yg in my very own blog, i akan tulis bout something yg i btol2 berminat nak share and tulis. I dh follow Shila since 4-5 years back, masa die jadi top 12 One In A Million dulu. Ok next time lah ye i share psl sweet old memories dulu2. Down memory lane next time!
Personally, i’m so happy to see a very positive progress regarding Shila’s singing career. Since mid of last year, nama Shila Amzah dh mula menawan hati mereka-mereka yg menonton video2 yg Shila upload di YouTube. Not to mention #haters too. Impossible la kalau seseorang tu akan disukai oleh setiap insan yang lain kan? Projek 3 Suara (with Ning Baizura and Jaclyn Victor) adalah sesuatu yg amazing and I could say antara yg major penyumbang kepada populariti Shila. Kejayaan di Anugerah Planet Muzik, AIM seterusnya AJL telah membuka mata umum terhadap talent Shila. They are nominated in ABP2011 for Artis Berkumpulan Popular too. Vote!
Disusuli single Patah Seribu, lagu yang telah mengangkat kredibiliti Shila sebagai anak seni sejati. Kenapa? Sebabnya Shila sendiri yang menggubah melodi dan lirik serta menyanyikan lagu itu sendiri. Reminds us about her dad, ND Lala. Lagu Patah Seribu yang berkonsepkan music country ala-ala Taylor Swift mendapat sambutan diluar jangkaan setelah berjaya menjuarai carta-carta lagu popular tanahair. Plus video2 cover lagu ni di YouTube juga! Tahniah Shila! Kejayaan dan populariti lagu tersebut juga telah berjaya memboloskan Shila untuk kategori Penyanyi Wanita Popular ABP2011 dimana Shila akan bersaing sihat dengan Yuna, Alyah, Stacy dan Najwa Latif.
I could say, dah mcm tradisi penyanyi popular terjun kebidang lakonan. Era 80an dulu menyaksikan Jamal Abdillah, seorang penyanyi lelaki tersohor mencipta fenomena menerusi Azura dan di awal 90an Ziana Zain sangat berjaya dalam sekuel Sembilu 1 dan 2 begitu juga seterusnya Maria Mariana. Perkara yg sama berlaku terhadap Shila yang bakal muncul di kaca tv 23 Februari 2012 ini menerusi telemovie yang turut mengangkat judul lagu popular Shila “Patah Seribu” di saluran Astro Ria. Telemovie arahan Michael Ang ini menggandingkan Shila bersama Sharnaaz Ahmad, Jihan, Reza Mohamad, Didie Alias dan Amar Baharin. Gandingan Shila dan Sharnaaz mungkin akan mengingatkan kita pada gandingan Erra dan Awie, Yusry dan Erra satu ketika dulu.
“Dari Kaki Tangga ke Menara” - ingatkah lagi kalian pada lagu penuh inspirasi dan motivasi dendangan Fauziah Latif ini? Phrase ‘dari kaki tangga ke menara’ Qarl rasa cukup menggambarkan perjalanan karier Shila selama ini. Berada ditahap sekarang bukan semudah yang disangka dan sudah tentu Shila tidak boleh terlalu merasa selesa kerana satu persoalan yang akan muncul, mampu atau tidak Shila mempertahankan popularitinya. Qarl tetap optimis dgn karier Shila. Shila ada disiplin diri yang tinggi, attitude, talent dan paling penting she’s being herself. Mungkin ada yang jelak dgn kisah cinta Shila tapi rasanya kita perlu hormati dan bg ruang buat Shila, ini adalah proses kehidupan yg sgt normal untuk seorang gadis remaja di usia 21 tahun.
![]() |
| Thanks yastailo |
Meneruskan kelangsungan karier nyanyiannya, Shila bakal muncul dengan dua single terbaru, lagu solo terbarunya dimana sekali lagi menyaksikan ciptaan sepenuhnya oleh Shila sendiri berjudul ‘Sedar’ dan single 3 Suara yang berjudul ‘Seisi Hatimu’ sekitar March dan April ini. Nantikan! Shila juga perlu rasa bersyukur kerana memiliki kelab peminat sendiri, Shilalas yg sentiasa utuh mendukung kerjaya seni Shila. Bukan semua artis didunia ini mempunyai kelab peminat rasmi tersendiri.
![]() |
| Thanks AndyHowtt & Amman_Spark |
To Shila Amzah – all the very best of luck for your career. Qarl akan terus support talent Sha. Always keep down to earth dan jadikan everything yg u miliki hari ini sebagai motivasi, pemangkin untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan dimasa akan datang. Guys, enjoy this special made video, performances by Shila Amzah di event Garuda Airlines, Tasik Titiwangsa last 19 February 2012. Shila performed 6 songs including Patah Seribu, Rolling In The Deep, Ayat-Ayat Cinta, Tak Ada Logika, Love Like A Love Song dan her brand new single Sedar. Enjoy! If u like it, share with others. Till then, adios! Assalamualaikum.



Shila is great! Such incredible artist, I wish she would continuously excel and create a huge name amongst our industry!!
If only she would produce a traditionally orientated single one day!
kasut dia cantik ! *tetibe* hihi
masa kecik2 dulu, tak suka dia sangat,. masa one in a million , x berapa suka dia sangat sebab lagi suka ayu damit., heh. tapi, memang tak boleh nafikan , shila hamzah memang great!! suara dia mantap gila ke.
i was amaze dengan shila bila dia ganti faizal tahir untuk semis juara lagu dulu and great! dengan shila wakilkan faizal, faizal dapat masuk final.
coolio.
Akan selalu sayang Shila Amzah. Dia berbakat. Tapi, pasal kisah cinta dia tu, kadang2 memang menyampah jugak. Lagi2 dalam twitter. Tapi bak kata Qarl, Shila baru umur 21 tahun. Memang dalam usia sebegitu, paham2 je la, gaya percintaan mereka. Yang penting, kareer tetap diutamakan =)
Thanks everyone for sharing your thoughts here.
muchas gracias.