Filem Bunohan cukup sempurna!

Bunohan – sebuah filem arahan Dain Said bakal menjengah pawagam seluruh negara bermula 8 Mac 2012 ini. Filem ini sebenarnya telahpun mendapat perhatian beberapa festival filem antarabangsa sepanjang 2011 yang lalu. Bunohan membariskan aktor handalan tanah air antaranya Zahiril Adzim, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Namron, Wan Hanafisu, Soffi Jikan, Bront Palarae, Amerul Affendi serta menampilkan satu-satunya pelakon wanita yang juga seorang model terkenal, Tengku Azura
“Filem Kita Wajah Kita” – Slogan ini sangat bertepatan dan berjaya disampaikan menerusi filem yang telah menjalani penggambaran di sekitar negeri Kelantan ini. Filem ini berkisarkan ikatan kekeluargaan yang rapuh, ketamakan, sikap pentingkan diri yang sebenarnya sangat dekat dengan masyarakat hari ini. Beberapa dialog yang digunakan juga agak sinikal dan Qarl sebagai penonton accept it sbgai nasihat-nasihat berguna, wisdom untuk sama-sama difikirkan.
Two thumbs up untuk cinematography film ni yg sgt sgt indah, sgt eye candy! Pengarahan yang cukup baik, babak-babal perlawanan tinju yg real, acting yg cemerlang serta storyline yg mudah difahami – yes, penonton diberikan ruang utk berfikir which i love it so much dan segala persoalan dirungkaikan di pengakhiran cerita. The way casts being introduced dlm film ni sgt2 style! You have to figure it out yourself! Mungkin ada yang mempersoalkan Tengku Azura terlalu cantik dan sempurna untuk watak wanita kampung, tetapi Qarl rs tiada masalah dgn pemilihan Tengku Azura sbb justified dgn watak die sebagai wanita yang cantik, yg menjadi kegilaan ramai serta dikatakan memiliki saka. Saka? 
Please take note film ni menggunakan hampir 95% dialek Kelantan. Tapi subtitle dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris turut disertakan.
Jangan lupa untuk support film Bunohan yang bakal ditayangkan seminggu selepas filem Cinta Kura-Kura yg sudah mula ditayangkan hari ini! Dua buah filem yang bagus dalam genre yang berbeza. Tetapi untuk filem Bunohan, Qarl beri 5 bintang! Well done Dain Said dan keseluruhan team Bunohan! Kalian berjaya mengangkat martabat seni perfileman tanah air! And please, I really hope Zahiril Adzim & Faizal Hussein akan dijulang sebagai Best Actor and Dain Said sebagai Best Director dlm festival2 filem tempatan tahun ini!
Dan khas buat pembaca blog Qarl, jom sertai contest mudah filem Bunohan utk memenangi cenderamata filem Bunohan seperti t-shirt ekslusif filem Bunohan, topi dan notepad! Sertai sekarang. Anda hanya perlu menjawab 5 soalan mudah dibawah ini dan emailkan kepada karl_zz@yahoo.com dengan subject email anda “Contest Bunohan Blog Qarl”. Sebanyak 15 hadiah disediakan! Siapa cepat dia dapat! Tarikh tutup penyertaan Ahad ini, 4 Mac 2012 jam 11.59 malam.

1. Namakan pengarah filem Bunohan.
2. Namakan tiga pelakon lelaki yang membintangi filem Bunohan.
3. Namakan satu-satunya aktres dalam filem Bunohan.
4. Nyatakan tarikh filem Bunohan akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara.
5. Siapakah nama isteri Zahiril Adzim yang juga merupakan seorang pelakon wanita popular di Malaysia?
Selamat mencuba dan semoga berjaya! Sekali lagi, jangan lupa untuk terjah pawagam 8 Mac 2012 ini untuk filem Bunohan. 8 Mac? A day after my birthday. Hahaha. Till then, Assalamualaikum.

 
 

Related Posts:

  • No Related Posts

5 thoughts on “Filem Bunohan cukup sempurna!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>